Berita baik, pelarasan gaji minimum RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos 2025.
Sebelum ini, perkara tersebut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2025 dan pelaksanaannya telah dikuatkuasakan secara rasmi dalam Warta Kerajaan Persekutuan.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pengumuman tersebut.
PELARASAN GAJI MINIMUM RM1700 SEBULAN : BERKUAT KUASA SEPENUHNYA MULAI 1 OGOS 2025



Pengumuman Kenaikan Gaji Minimum Dalam Belanjawan 2025
Dalam pembentangan Belanjawan 2025 yang lalu, Kerajaan telah bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.
Selain itu, kerajaan juga memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

4.37 JUTA PEKERJA BAKAL MENERIMA MANFAAT PELAKSANAAN PERINTAH GAJI MINIMUM 2024 RM1,700 SEBULAN


Akta Kadar Gaji Minimum 2025
Malaysia telah melaksanakan Dasar Gaji Minimum bermula 2011 apabila Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732] digubal. Perintah Gaji Minimum (PGM) pertama telah diwartakan pada 2012. Sehingga kini terdapat enam (6) PGM dan yang terkini adalah PGM 2024.
Proses penetapan gaji minimum adalah melalui Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].

Kadar Bayaran Bulanan / Harian / Per Jam
Kadar gaji minimum adalah RM1,700 sebulan bagi seluruh negara dan pecahan bayaran mengikut hari dan jam adalah seperti di bawah:

Berhubung dengan seseorang yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum bulanan semasa iaitu RM1,700.
Siapa Yang Terlibat?
PGM terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.
Walaubagaimanapun, Menteri Sumber Manusia berkata bahawa Gaji Minimum bukanlah Gaji Permulaan, sebaliknya, ia adalah gaji asas yang sepatutnya dibayar. “Jangan bayar graduan dengan gaji minimum ini kerana ia bukanlah gaji permulaan.”

Tarikh Pelaksanaan
Terdapat 2 tarikh pelaksanaan yang bagi perintah ini:
Pada 1 Februari 2025, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan kepada:
- i. majikan yang mengambil lima orang pekerja atau lebih; dan
- ii. majikan yang menjalankan suatu aktiviti profesional tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan tersebut.
- (Suatu aktiviti profesional adalah merujuk kepada pengkelasan Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia. Perincian adalah seperti *)
Pada 1 Ogos 2025, pelaksanaan gaji minimum RM1,700 sebulan kepada semua majikan yang menggajikan pekerja (tempoh penangguhan majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja telah tamat).
*Aktiviti profesional merujuk kepada pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu
- profesional sains dan kejuruteraan;
- profesional kesihatan;
- profesional perguruan;
- profesional perniagaan dan pentadbiran;
- profesional teknologi maklumat dan komunikasi;
- profesional perundangan;
- profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang
- berkaitan;
- profesional sosial dan kebudayaan; dan
- profesional badan pengawalaturan.
*Maklumat ringkas pengkelasan ini seperti di Lampiran
Nak tahu lebih lanjut tentang Perintah Gaji Minimum baharu?
Kunjungi laman web rasmi di https://minimumwages.mohr.gov.my/ atau hubungi melalui e-mel di minimumwages@mohr.gov.my untuk sebarang pertanyaan!
Warta Kerajaan Persekutuan
Selari dengan perlaksanaan dasar gaji minimum bermula Februari 2025, kerajaan juga telah menggazetkan Perintah Gaji Minimum 2024 (Minimum Wages Order 2024) yang telah disiarka oleh Jabatan Peguam Negara.





Tindakan Bagi Majikan Yang Gagal Mematuhi Perintah Gaji Minimum
Seksyen 43 Akta 732 memperuntukkan majikan yang gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum bermula 2025, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- i. penalti bagi kesalahan pertama: denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja;
- ii. penalti am: denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan;
- iii. penalti bagi kesalahan berterusan: denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
- iv. penalti bagi kesalahan berulang: denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Aduan Pekerja
Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap PGM, pekerja boleh membuat pengaduan ke Jabatan Tenaga Kerja.
Sila rujuk saluran untuk menghubungi JTKSM, JTK Sabah dan JTK Sarawak di bawah:
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192 Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm@mohr.gov.my
Laman sesawang: https://jtksm.mohr.gov.my/ms
Jabatan Tenaga Kerja Sabah
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820 Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah@mohr.gov.my
Laman sesawang: https://www.jtksabah.gov.my/index.php/ms/
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Kementerian Sumber Manusia Tingkat 13,
Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin@mohr.gov.my
Laman sesawang: https://www.jtkswk.gov.my/v2/
Soalan Lazim Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2025 (PGM)
Sebagai langkah untuk memastikan pekerja dan graduan dihargai sesuai dengan kelayakan mereka, Kementerian Sumber Manusia menekankan kepentingan penetapan gaji yang adil dan kompetitif.
Marilah kita memberikan pengiktirafan kepada bakat muda Malaysia dengan bayaran yang wajar untuk usaha dan kemahiran mereka.
Apakah definisi “gaji minimum”?
Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta 732 adalah gaji pokok. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.
Berapakah kadar gaji minimum?
Kadar gaji minimum adalah RM1,700 sebulan bagi seluruh negara dan pecahan bayaran mengikut hari dan jam adalah seperti di bawah:
Berhubung dengan seseorang yang tidak dibayar gaji pokok tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar kepada pekerja itu hendaklah tidak kurang daripada gaji minimum bulanan semasa iaitu RM1,700.
Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum sekiranya dipersetujui oleh pekerja?
Tidak boleh kerana ianya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 43, Akta 732. Majikan wajib membayar kadar gaji minimum kepada pekerja walaupun pekerja bersetuju untuk majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum.
PGM terpakai kepada siapa?
PGM terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.
Mengapakah pekerja asing / bukan warganegara tidak dikecualikan daripada PGM ?
Kerajaan menetapkan bahawa PGM meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing/bukan warganegara berasaskan sebab-sebab berikut:
i. dasar gaji minimum hendaklah tidak mendiskriminasi seseorang pekerja atas alasan kewarganegaraan, selaras dengan Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration yang mana telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997;
ii. ianya bertentangan dengan seksyen 69F Akta Kerja 1955 [Akta 265], seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76] yang tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing;
Adakah pelaksanaan PGM bertentangan dengan amalan Productivity-Linked Wage System (PLWS)?
Tidak. Pelaksanaan PGM tidak bertentangan dengan amalan majikan yang melaksanakan PLWS dengan syarat pekerja tidak menerima kadar yang kurang daripada kadar gaji minimum.
Adakah gaji minimum akan digantikan oleh Dasar Gaji Progresif?
Tidak. Dasar Gaji Progresif adalah pelengkap kepada gaji minimum dan dilaksanakan secara sukarela oleh majikan
Siapakah yang akan menguatkuasakan PGM?
PGM dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak).
Di mana pekerja boleh membuat pengaduan berkaitan pelanggaran PGM?
Sekiranya terdapat pelanggaran terhadap PGM, pekerja boleh membuat pengaduan ke JTKSM, JTK Sabah dan JTK Sarawak.
Apakah tindakan yang boleh dikenakan terhadap majikan yang gagal mematuhi PGM?
Seksyen 43 Akta 732 memperuntukkan majikan yang gagal mematuhi PGM, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
i. penalti bagi kesalahan pertama: denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja;
ii. penalti am: denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan;
iii. penalti bagi kesalahan berterusan: denda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
iv. penalti bagi kesalahan berulang: denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.
Di mana majikan dan pekerja boleh mendapatkan bantuan dan nasihat tentang dasar dan pelaksanaan gaji minimum?
A. Isu-isu Dasar
Sekretariat Majlis Perundingan Gaji Negara
Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok Setia Perkasa 3,
Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156 Faks: 03-8881 0668
E-mel: minimumwages@mohr.gov.my
Laman sesawang: www.mohr.gov.my
B. Isu-isu Pelaksanaan/Penguatkuasaan
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok Setia Perkasa 3, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192 Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm@mohr.gov.my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja Sabah
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820 Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah@mohr.gov.my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my
Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Kementerian Sumber Manusia Tingkat 13,
Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin@mohr.gov.my
Laman sesawang: https://www.jtkswk.gov.my/v2/
Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok Setia Perkasa 4, Kompleks Setia Perkasa
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460 Faks : 03-88862355
Emel : jppm@mohr.gov.my
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my
Laman Web Rasmi Perintah Gaji Minimum RM1700
Nak tahu lebih lanjut tentang Perintah Gaji Minimum baharu?
Kunjungi laman web rasmi di https://minimumwages.mohr.gov.my/ atau hubungi kami melalui e-mel di minimumwages@mohr.gov.my untuk sebarang pertanyaan!
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FAQ PGM sila imbas Kod QR yang tertera di poster:

MUAT TURUN SOALAN LAZIM (FAQ) PERINTAH GAJI MINIMUM 2025 :




Ikuti perkembangan terkini dan maklumat sahih Kementerian Kewangan melalui laman web rasmi https://belanjawan.mof.gov.my/
Info lanjut tentang Gaji Minimum:
- Facebook rasmi Kementerian Sumber Manusia
- Laman web rasmi : https://minimumwages.mohr.gov.my/
Sila layari pautan https://www.youtube.com/@PARLIMENMALAYSIA1 atau laman web rasmi https://www.parlimen.gov.my/ untuk makluman terkini.